Kes-kes yang menggemparkan satu Sabah satu masa dulu. Mungkin kebanyakan kita tau pasal semua kes di bawah. Mungkin ada juga yang first time dingar. Apa yang sudah berlaku dengan ni kes semua? Bagi rakyat umum nya tiada sudah perkembangan lanjut. Kah ada update terbaru?
1) KES PEMBUNUHAN DATUK NORJAN KHAN BAHADAR
Info publik:
Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar merangkap timbalan menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Dijumpai mati oleh chambermaid Shangri-La Hotel Bandaran Berjaya kira-kira 9 am pada Feb 11, 2004 di bilik nombor 208.
Her head was smashed in and she had been stabbed in the neck.” Menurut akhbar NST (berbeza sedikit dari segi fakta akhbar lain)
Suspek: Azman Bakar @ Samsuddin Mustamin, 27 tahun pada masa itu. Tahun ini 2018 dalam lingkungan 40 tahun lah dia
Tuduhan kepada suspek digugurkan atas sebab tidak cukup bukti | source
Nota:
Ada CCTV, pita rakaman diambil pihak siasatan | sourceArtikel Tranungkite.net | sourceTiada suspek, tiada motif dan tiada saksi
2) DOUBLE SIX TRAGEDY
Info publik:
Kapal Terbang jenis GAF Nomad N.22B Buatan Australia
Penumpang 10
Mangsa termasuk Ketua Menteri Sabah yang pertama, Tun Fuad Stephens , Datuk Salleh Sulong, Datuk Wahid Peter Andu, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun dan Datuk Darius Binion
Senarai nama lain: Anak lelaki Tun Fuad Stephens, Johari, Dr Syed Hussien Wafa, Ishak Atan, Corporal Said Mohammad dan pilot Captain Nathan Ghandi
Kapal terbang dikatakan ‘stalled’ dan jatuh terhempas semasa pendaratan
Penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu
Kapal terbang milik Sabah AirDipanggil “Double Six” sebab berlaku pada 6/6/1976
Nota:
Banyak spekulasiLaporan siasatan masih lagi tidak diberi akses umumPunca sebenar nahas tidak diketahui
Tengku Razaleigh Hamzah mungkin orang hidup yang paling last jumpa dia
Tengku sudah pakai safety belt dan Datuk Harris Salleh ngam-ngam ajak dia ikut kapal terbang lain (tinjau projek ladang sapi) | sourceDatuk Jeffrey, Borneo Post | sourceSharing pengalaman si Razaleigh | source
3) 14 GAJAH PYGMY MATI KENA RACUN
Info Publik:
Dijumpai mati January 201314 ekor semua.Kandungan perut sudah di buat analisis Mengandungi kandungan “arsenic, cadmium, iron dan chromium” yang tinggi. Berlaku di kawasan hutan Gunung Rara, dekat Tawau
Nota:
Belum ada suspek. Bahan begitu biasanya kena pakai di kawasan lombong atau tempat pemerosesan buangan (tapi area ni memang tiada berdekatan)Seperti disengajakan. Motif tidak diketahui. Yayasan Sabah akan siasat . Setakat ini belum ada laporan umum tentang penangkapan suspek. Spekulasi tentang kenapa tiada update dan kerahsiaan bilang sebab pasal ladang sawit di sekitar ada kaitan sama ‘orang tertentu’ |source
4) ANNIE JOHN DISMAS
Info Publik:
Mendapat liputan luas di laman sosial
Keluarga dan rakan-rakan nya berabis bantu share tentang kehilangan dia dengan harapan ada yang dapat jejak / kenal pasti di mana-mana
Berasal dari Kudat dan bekerja sebagai seorang jururawat
Pergi ke KK bersama tunangnya untuk tujuan menghadiri kursus
Dilaporkan hilang pada 9 Oktober 2010 (Sabtu) lepas dia tidak balik rumah | sourceMayat dijumpai pada 12 Oktober 2010 (Selasa) di kawasan Taman Kingfisher di dalam sebuah longkang
Suspek termasuk tunang dan juga dua lagi individu ditahan reman
Nota:
Setakat ini tiada info online terbaru untuk kes iniLaporan berita sebut “had injuries to her head and a broken rib.” | Tiada info umum berkenaan punca kematian
5) PEMBUNUHAN FATHER DE WIT, PADERI ST. PETER KUDAT
Info Publik:
Hampir tiada info menyeluruh yang dapat di cari secara online. Merupakan Paderi Gereja St. Peters, Kudat. Kediaman nya di kawasan gereja diceroboh oleh individu yang tidak dikenal pasti. Dibunuh kejam dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parangTarikh 28 Ogos 1983
Nota:
Tiada suspek
Semoga satu hari nanti pesalah dapat dibawa ke muka pengadilan. Kalau kamurang ada info atau rasa ada info di sini yang tidak tepat, komen atau kontek kami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan