Pasaraya TESCO
di Mergong Kedah dikatakan panas dan berhantu kerana bayi sering sahaja
menangis apabila masuk ke premis pasaraya tersebut.
Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong | Penulis ada mendengar cerita dari kawan kawan terdekat mengatakan yang Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu
kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan
premis TESCO itu. Terima kasih kepada yang terlibat membantu ...akhirnya penulis
menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu.
Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.
Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang
kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu
kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam
bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerja TESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga
hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi
kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam.
Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang dia sering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejuk apabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara
sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes
yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan