Khamis, 22 Mac 2018

5 Kes Misteri Di Sabah Yang Tidak Boleh Dilupakan

Kes-kes yang menggemparkan satu Sabah satu masa dulu. Mungkin kebanyakan kita tau pasal semua kes di bawah. Mungkin ada juga yang first time dingar. Apa yang sudah berlaku dengan ni kes semua? Bagi rakyat umum nya tiada sudah perkembangan lanjut. Kah ada update terbaru?

1)  KES PEMBUNUHAN DATUK NORJAN KHAN BAHADAR



Info publik:

Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar merangkap timbalan menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Dijumpai mati oleh chambermaid Shangri-La Hotel Bandaran Berjaya kira-kira 9 am pada Feb 11, 2004 di bilik nombor 208.
Her head was smashed in and she had been stabbed in the neck.” Menurut akhbar NST (berbeza sedikit dari segi fakta akhbar lain)
Suspek: Azman Bakar @ Samsuddin Mustamin, 27 tahun pada masa itu. Tahun ini 2018 dalam lingkungan 40 tahun lah dia
Tuduhan kepada suspek digugurkan atas sebab tidak cukup bukti | source

Nota:

Ada CCTV, pita rakaman diambil pihak siasatan | sourceArtikel Tranungkite.net | sourceTiada suspek, tiada motif dan tiada saksi


2) DOUBLE SIX TRAGEDY

Info publik:

Kapal Terbang jenis GAF Nomad N.22B  Buatan Australia
Penumpang 10
Mangsa termasuk Ketua Menteri Sabah yang pertama, Tun Fuad Stephens , Datuk Salleh Sulong, Datuk Wahid Peter Andu, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun dan Datuk Darius Binion
Senarai nama lain: Anak lelaki Tun Fuad Stephens, Johari, Dr Syed Hussien Wafa, Ishak Atan, Corporal Said Mohammad dan pilot Captain Nathan Ghandi
Kapal terbang dikatakan ‘stalled’ dan jatuh terhempas semasa pendaratan
Penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu
Kapal terbang milik Sabah AirDipanggil “Double Six” sebab berlaku pada 6/6/1976

Nota:

Banyak spekulasiLaporan siasatan masih lagi tidak diberi akses umumPunca sebenar nahas tidak diketahui
Tengku Razaleigh Hamzah mungkin orang hidup yang paling last jumpa dia
Tengku sudah pakai safety belt dan Datuk Harris Salleh ngam-ngam ajak dia ikut kapal terbang lain (tinjau projek ladang sapi) | sourceDatuk Jeffrey, Borneo Post | sourceSharing pengalaman si Razaleigh | source


3) 14 GAJAH PYGMY MATI KENA RACUN

Info Publik:

Dijumpai mati January 201314 ekor semua.Kandungan perut sudah di buat analisis Mengandungi kandungan “arsenic, cadmium, iron dan chromium” yang tinggi. Berlaku di kawasan hutan Gunung Rara, dekat Tawau

Nota:

Belum ada suspek. Bahan begitu biasanya kena pakai di kawasan lombong atau tempat pemerosesan buangan (tapi area ni memang tiada berdekatan)Seperti disengajakan. Motif tidak diketahui. Yayasan Sabah akan siasat . Setakat ini belum ada laporan umum tentang penangkapan suspek. Spekulasi tentang kenapa tiada update dan kerahsiaan bilang sebab pasal ladang sawit di sekitar ada kaitan sama ‘orang tertentu’ |source


4) ANNIE JOHN DISMAS

Info Publik:

Mendapat liputan luas di laman sosial
Keluarga dan rakan-rakan nya berabis bantu share tentang kehilangan dia dengan harapan ada yang dapat jejak / kenal pasti di mana-mana
Berasal dari Kudat dan bekerja sebagai seorang jururawat
Pergi ke KK bersama tunangnya untuk tujuan menghadiri kursus
Dilaporkan hilang pada 9 Oktober 2010 (Sabtu) lepas dia tidak balik rumah | sourceMayat dijumpai pada 12 Oktober 2010 (Selasa) di kawasan Taman Kingfisher di dalam sebuah longkang
Suspek termasuk tunang dan juga dua lagi individu ditahan reman

Nota:

Setakat ini tiada info online terbaru untuk kes iniLaporan berita sebut “had injuries to her head and a broken rib.” | Tiada info umum berkenaan punca kematian



5) PEMBUNUHAN FATHER DE WIT, PADERI ST. PETER KUDAT



Info Publik:

Hampir tiada info menyeluruh yang dapat di cari secara online. Merupakan Paderi Gereja St. Peters, Kudat. Kediaman nya di kawasan gereja diceroboh oleh individu yang tidak dikenal pasti. Dibunuh kejam dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parangTarikh 28 Ogos 1983

Nota:

Tiada suspek

Semoga satu hari nanti pesalah dapat dibawa ke muka pengadilan. Kalau kamurang ada info atau rasa ada info di sini yang tidak tepat, komen atau kontek kami

Tangisan Kanak Kanak (Seram)



Kisah ini berlaku pada tahun lepas. Ketika saya keseorangan di rumah, saya telah mendengar telefon rumah berdering. Tanpa membuang masa, saya mengangkat panggilan telefon tersebut. Di hujung talian tersebut, ada suara memanggil nama "Mama... Mama... Mama... Mama...”  dengan nada sayu dan tanpa henti-henti. Saya sangkakan ada kanak-kanak yang tersalah talian. Lalu saya menjawab panggilan tersebut dengan berkata, "Saya bukan ibu awak. Awak tersalah nombor...” Walaubagaimanapun, suara itu tidak mempedulikan apa yang saya katakan. Kanak-kanak itu terus memanggil lagi, "Mama... Mama... Mama...” tidak putus-putus sehingga beberapa minit.

Saya menunggu suara itu berhenti sambil mengharapkan kanak-kanak itu memutuskan taliannya. Namun hampa kerana suara itu terus-menerus memanggil mama tanpa henti! Kerana terlampau lama, saya meletakkan gagang telefon di atas meja. Saya sangkakan kanak-kanak itu amat nakal dan suka mengganggu orang melalui talian telefon. Selepas itu, saya meneruskan rutin harian dengan memasak makanan malam. Kira-kira 2 jam selepas selesai semua tugas, saya kembali teringatkan gagang telefon yang saya letakkan di atas meja tadi. Saya letakkan gagang telefon itu di telinga saya. Tak sangka! Suara itu masih ada kedengaran di corong telefon tersebut! Waktu itu hampir-hampir Maghrib. Saya mula terasa seram. Saya mula terfikirkan ianya gangguan dari makhluk halus. Tanpa membuang masa, saya memutuskan panggilan telefon tersebut.
Apa yang berlaku, saya ceritakan kepada suami dan anak-anak. Kebetulan, suami saya seorang pekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi. Seminggu kemudian, saya mengikut suami saya ke tempat beliau bekerja kerana ada hal lain yang perlu saya uruskan.


Tiba-tiba, telefon di pejabat suami berbunyi. Seperti biasa, suami saya mengangkat telefon kerana ianya sebahagian daripada tugas yang perlu dijalankan. Tetapi, suara kanak-kanak yang memanggil saya tempoh hari pula yang muncul di talian. Kami sekeluarga mendengar suara kanak-kanak itu secara bergilir-gilir. Sungguh sayu dan menyeramkan. Selepas itu, suami saya memutuskan talian dan membuat siasatan dari mana datangnya panggilan telefon tersebut. Rupa-rupanya, setelah suami saya siasat, talian tersebut datang daripada telefon awam di daerah terpencil, iaitu daripada kawasan Cha’ah, Segamat, Johor. Yang mana tempat itu selalu berlaku kemalangan. Sedangkan saya berada di JB. Itulah yang menjadi tanda tanya saya sekeluarga, dari dulu sampailah sekarang. Apa tujuan kanak-kanak itu memanggil saya? Adakah simpati yang diharapkan?

5 Lokasi Menyeramkan Di Dunia

Selain lokasi yang indah dan menakjubkan terdapat juga lokasi-lokasi yang menyeramkan di dunia ini. Lokasi-lokasi yang menyeramkan ini selalunya tempat yang sudah terbiar namun begitu tarikan lokasi yang menyeramkan ini telah dijadikan sebagai tempat pelancongan atau hiburan bagi sesetengah pihak. Persoalannya, adakah anda berani untuk berhibur di sana?


Disini saya senaraikan lima lokasi yang menyeramkan di dunia yang mungkin akan membuat bulu roma anda meremang.



Pulau Boneka, Mexico

Pulau ini terletak di selatan Mexico. Anehnya pulau ini ialah ia dipenuhi dengan boneka yang tergantung di pohon di sekeliling pulau ini.  Kisah misteri pulau ini bermula apabila seorang lelaki bernama Don Julian Santana yang meninggalkan isteri dan anaknya untuk menghabiskan sisa hidupnya di pulau itu sendirian. Ketika tinggal di pulau itu, Don melihat mayat seorang gadis yang mati lemas di sungai. Don mula merasa aneh dan dia mula menghiasi pulau itu dengan boneka yang di dapati melalui pertukaran barang dengan buah dan sayur hasi berkebun. Don yakin boneka itu dapat menjadi pelindungnya. Selama 50 tahun tinggal di sana, anak saudara menemukan Don mati lemas di tempat yang sama Don menjumpai mayat gadis yang mati lemas 5o tahun yang lalu.





Hutan Aokigahara, Jepun

Apa yang menakutkan tentang hutan ini bukanlah kawasannya yang sunyi dan gelap tetapi yang menakutkan pasal hutan ini ialah kes bunuh diri yang berlaku di hutan ini.  Pada tahun 2004, sebanyak 108 mayat ditemukan di dalam hutan ini. Pada tahun 2010, sebanyak 247 orang cuba untuk membunuh diri namun hanya 54 sahaja yang terkorban. Sebelum memasuki hutan ini, anda akan menjumpai papan tanda dari pihak berkuasa Jepun yang menyuruh rakyatnya mempertimbangkan tindakan mereka. Setiap tahun polis dan sukarelawan akan melakukan pencarian di dalam hutan itu dan setiap tahun mereka pasti akan menemukan mayat di dalam hutan itu.


Pantai Changi, Singapura

Pantai ini terkenal dengan peristiwa yang menyeramkan seperti kepala terbang, tubuh tanpa kepala berjalan di pantai dan jeritan serta tangisan tentera yang meminta tolong. Bagi anda berani dan suka dengan tempat-tempat misteri, anda wajib menjadikan pantai Cahngi sebagai tempat percutian anda.

Bethnal Green Underground, London, England

Ketika Perang Dunia ke II berlaku, terdapat ratusan orang mati di bawah runtuhan di stesen kereta api bawah tanah yang terletak di London, England ini. Sejak tragedi berdarah itu, sering kali akan terdengar suara tangisan perempuan dan kanak-kanak sehinggalah ke hari ini.





Willard Asylum, New York

Bekas rumah sakit jiwa ini terletak di New York dan pernah menempatkan lebih dari 4,000 pesakit. Semenjak rumah sakit jiwa ini dibina, Willard Asylum telah menyaksikan lebih kurang 50,000 kematian. Sehingga sekarang masih belum jelas mengapa rumah sakit jiwa ini di tutup.